Assalammuailaikum w.b.t.
Bismillah.

Gunakan Facebook Ads berbayar untuk collect leads yang berbaloi dibawah RM10 per prospek.

Tuan Izan Shafie

Teknik yang saya pakaikan ini adalah teknik LEAD GENERATION yang ada didalam objektif Facebook Ads. 

Biarkan saya mula dari awal untuk setup ya sahabat… Dibawah ini ada gambar objektif bagi LEAD GENERATION. 

Nampakkan?

 

Untuk menggunakannya anda perlukan LINK WEBSITE page yang mengandungi  PRIVACY POLICY

Bagaimana untuk bina  privacy policy ini secara PERCUMA

Privacy Policy ini seperti ini ini link nya

https://app.termsfeed.com/wizard/privacy-policy

Gambar websitenya seperti dibawah ini anda cuma go thru sahaja dengan klik website dan isi semua tempat kosong yang diperlukan mengikut arahannya..

Dah siap anda cuma copy url atau copy code html nya dan letakkan di website anda sendiri.

dibawah ini anda boleh lihat ada beberapa step pengisian atau borang LEAD GENERATION ini. 

Dapat gambaran ya seperti mana ianya dibentuk…

Point utama ilmu ini untuk anda dapatkan LEAD PER PROSPEK dibawah RM10.

Sekarang saya akan berikan ilmu bagaimana saya setup taktikal game ini. 

Baca cerita saya ini, result mungkin akan berlainan dalam setiap apa yang kita susun ini. 

100% menjadi seperti mana saya setup ini tak boleh diconfirmkan. Cuma boleh saya jelaskan ilmu untuk dapatkan sahaja perkara ini disetup dengan baik dan penuh dengan taktikal dan teknikalnya sekali.

Boleh follow ya?

 

Dibawah ini saya berikan target umur dan jumlah kekerapan setiap orang yang melihat ads memang saya sasarkan 2 kali ( Rujuk Frequency)

Ads yang saya setup kan ini adalah untuk produk yang berharga RM3500 keatas. 

Solusi untuk closing ketika setup game plan ini adalah berhubung menggunakan whatsapp dan call.

Jika dilihat dari gambar diatas. Setup umur dari 25 tahun   hingga 54tahun. 

Reach yang paling banyak untuk ads ini anda boleh lihat sendiri glongan mana yang banyak.

Kemudian semua gambar iklan dan copywriting iklan saya fokuskan dapat 3% keatas.

Kenapa FREQUENCYnya sampai 2.81 setiap orang.

Rahsianya adalah saya buat sebegini. 

Dibawah ini saya sertakan gambar kos per CLICK yang berlaku apabila menggunakan LEAD GENERATION

Rasanya sudah cukup saya jelaskan bab data yang terjadi apabila menggunakan objektif LEAD GENERATION. 

Adakah saya dapat result yang baik untuk KES STUDY ini. 

Dari kes study ini sebenarnya kami keluarkan 12% sahaja kos pengiklanan dari sales yang diterima. 

Sekarang saya akan kongsikan teknikal part. 

Strateginya begini.

1. Pastikan semua gambar untuk beriklan ada 30% text offer yang disediakan.

Contoh text : Peluang memenangi duit poket percuma bernilai RM1000 untuk mereka yang daftar hari ini.

2. Sediakan ayat ayat iklan yang simple dan mengikut umur yang di target.

Anda lihat saya target dari umur 25 – 54 tahun. Di sini saya bagi beberapa contoh mengikut peringkat umur dalam penyusunan copywriting iklan yang disediakan.

Contoh :  Umur 25-40 tahun
Hadiahkan ibu ayah anda dengan pakej ini serta kami berikan anda PERCUMA DUIT POKET Rm3000 untuk pakej yang disediakan ini. Klik Book Now untuk dapatkan pakej ini

Contoh : Umur 40-60 tahun
Ibu Ayah yang berniat untuk dapatkan pakej ini akan dibekalkan private assitance “PA” bagi menguruskan percutian anda dan PERCUMA Satu kupon diskaun untuk anak anak bernilai Rm3000. Klik Book Now untuk dapatkan pakej ini

3. Setting iklan dalam 3 jenis 
Video / Canvas / Gambar.

+ Video kami banyak sediakan dibawah 1 minit sahaja.

+ Canvas facebook adalah mini site yang disediakan oleh facebook. 

+ Gambar kami letakkan single gambar ada 4 paparan.

4. Apabila mahu setting campaign facebook ads saya gunakan strategi 30 / 70 

+30% saya target open iaitu guna Detail Targetting (interest) 

+ 70% saya banyak buat retargetting siapa tengok video 95% dan yang buka canvas facebook 

5. Setiap kali mereka isi form Lead Generation kami akan susuli dengan 

Whatsapp
Contoh ayat : 
(Nama prospek). InshAllah saya dari (syarikat) akan bantu anda untuk dapatkan semua detail dan perkara perkara berkaitan dengan produk dan harga. 

Boleh saya tahu ………

Sms
Contoh ayat: 
(syarikat) InshAllah team kami iaitu admin fina akan bantu anda ya. Sila check whatsapp dan email kami ya. Tq 

Email :
Caranya.
Saya emailkan website terus untuk detail produk dan harganya sekali. 

6. Setiap kali team admin whatsapp kami more fokus untuk sembang sahaja. Tiada istilah nak rushing closing. 

Bab clossing ini saya gunakan modul strategi 9 +  9 high ticket clossing.

Nak belajar sila pm saya di fb nanti ya.

7. Saya sentiasa follow up by sms seminggu sekali dan follow up email 3 hari sekali.

8. Semua konten sms adalah saya fokuskan reminder untuk beritahu bahwa ada email yang dihantar dan bertanyakan admin buat kerja dengan baik atau tidak.

Ini sahaja yang saya nampak boleh dikongsikan. Maaf jika ada kekurangan. Saya akan berikan ilmu lagi ya . Stay tuned dan silakan bertanya. Moga bermanafaat.


Silakan share
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Siapa

Tuan Izan Shafie – Mohd Noorrizan Bin Mohamad Shafiee Asas kehidupan yang mudah, berjumpa dan berkenalan adalah satu cara untuk saya mula berkongsi ilmu dan

Read More »

Copywriting Iklan

Assalammuailaikum w.b.t.Bismillah. Fokus saya topik copywriting iklan ini bersifat umum dan ianya adalah coretan dari pengalaman diri sendiri. Sekiranya ada kekuranggan silalah maklumkan pada saya.

Read More »

PC Form

Untuk sesi ini. Saya biasanya akan minta anda luangkan masa 2 jam pertama dalam sesi live interview untuk analisis dan kenalpasti apakah urusan yang perlu

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published.