. Anda, Bantu Mereka Berjaya
Hebatnya, tak ternilai sumbangan anda semua. Kami di KMP mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama anda untuk kita sama-sama membantu ramai lagi insan yang mahukan pembacaaan al quran bertambah baik.
Allah s.w.t berfirman
اٰمِنُوْا بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَاَنْفِقُوْا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُّسْتَخْلَفِيْنَ فِيْهِۗ فَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مِنْكُمْ وَاَنْفَقُوْا لَهُمْ اَجْرٌ كَبِيْرٌ
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah (di jalan Allah) sebagian dari harta yang Dia telah menjadikan kamu sebagai penguasanya (amanah). Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (hartanya di jalan Allah) memperoleh pahala yang besar

Bancian tahun 2020, kira-kira 63.5 peratus daripada 32.4 juta populasi rakyat Malaysia adalah beragama islam tetapi yang boleh baca Al-Quran tak sampai 1 peratus (%).
Jadi disinilah bermulanya perjuangan kami dalam membantu mereka celik Al-Quran. Kami membangunkan kelas percuma dan program agama percuma untuk BANTU mereka yang diluar sana.
In sya Allah dalam misi mengumpulkan dana untuk tujuan tersebut berapa pun nilai yang anda bagi, ia bukan berkaitan dengan duit semata-mata tapi ini soal kemanusiaan dan perjuangan.
Kami sedaya upaya memberikan kesedaran tentang pentingnya untuk baca Al-Quran melalui platform online. Tatkala kami bertungkus-lumus menyediakan ramuan untuk menarik minat masyarakat tentang pentingnya mempelajari Al-quran, In sya Allah dari sumbangan anda, mereka semua akan diberikan pembelajaran Al-Quran.
Apa yang anda sedang lakukan ini adalah satu jentikan/ signal bahawanya Allah SWT sedang melihat hati anda untuk membuat sumbangan, kami berdoa pada Allah SWT agar tuan/puan dilimpahkan rezeki.
In sya Allah, dalam kita ingin membantu orang lain untuk belajar Al-Quran, Allah SWT juga akan membantu kita. Semoga pemberian tuan/puan ini menjadi hujjah dihari akhirat untuk kita dikurniakan Syurga Allah. Aamiin
Anda Bayangkan Fadilatnya
Harta Tidak Berkurang (HR Muslim 2588)
Bersedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang, bahkan semakin bertambah dan terus bertambah. Perkara itu juga dinyatakan dalam satu hadis yang bermaksud: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Memperoleh Pahala Berlipat Kali Ganda (Surah al-Baqarah, 261)
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Bukti Keimanan kepada Allah SWT
(HR Muslim, 223)
Rasulullah berkata: Sedekah itu bukti keimanan. Kerana setiap sen yang kita keluarkan adalah hasil titik peluh kita dan hasil banting tulang kita. Maka jika keluarkan sedekah kerana Allah, ia membuktikan keimanan kita kepada Allah. Kita yakin apa yang telah kita serahkan kerana agama ini akan kita jumpa nanti di akhirat nanti.
Masuk Syurga Melalui Pintu Sedekah
(Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764)
Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadith ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini.
Menghapuskan Dosa
(HR At-Tirmidzi, 614)
Setiap dosa yang dilakukan akan mengundang kemarahan Allah. Oleh yang demikian dengan memperbanyakkan sedekah akan dapat menghapuskan dosa. Ini berdasarkan sebuah hadis Baginda Rasulullah: Sedekah menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api.
Selamat Dari Musibah
(HR Imam Baihaqi, 4/189)
Rasulullah SAW bersabda: "Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak." (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani).
Mendapat Naungan di Hari Akhirat
(HR Al-Bukhari, 660)
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Arasy Allah di akhirat kelak. Itu termasuk mereka yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
Ubat Kepada Penyakit
(HR At-Tabrani, 10198)
Nabi SAW bersabda: “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi, dihasankan oleh Syaikh Al-AlBani dalam Shahihul Jami’).
Terlindung Dari Mati Dalam Keadaan Buruk
(As-Syuthi, 5126)
Umat Islam dinasihatkan supaya bersedekah untuk diri sendiri sebagai persediaan saat kematian. Perkara ini disarankan oleh Baginda SAW dalam sabdanya: "Jika matinya anak Adam maka akan terputus semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariah yang pernah dilakukan ketika hayatnya, ilmu yang dimanfaatkan atau anak-anak soleh yang mendoakannya".
Terima kasih semua yang menyumbang.






Disediakan 6 Kelebihan Para Pelajar
- Pelajar akan dimasukkan ke dalam program Jom Semak sebanyak 9 sesi kelas pada hari selasa, khamis dan ahad untuk mengukur tahap bacaan.
- Pelajar yang memberikan komitmen yang baik di dalam Jom Semak akan dinaikkan ke dalam kelas One to One iaitu sebanyak 4 sesi kelas dalam sebulan.
- Pelajar boleh memilih masa dan hari yang berkelapangan untuk mengaji di bawah pengajar yang sudah ditetapkan.
- Pelajar akan ditaja sehingga khatam mengaji dengan bimbingan ustaz/ustazah.
- Sistem pendaftaran website KMP Care yang lebih sistematik dan memudahkan pelajar untuk masukkan maklumat dengan pilihan yang diberikan.
- Sekiranya pelajar berjaya mengaji sehingga khatam, pelajar akan menerima sijil khatam Al-Quran dalam file PDF.

InshAllah semua kutipan anda menjadikan ianya sebuah perjuangan untuk membawa ramai lagi ahli Al Quran dimasa akan datang
RM35,000
Terkumpul
RM300,000.00
Target
RM43 Ribu
Terkumpul
RM100 Ribu
Target

InshAllah semua kutipan anda menjadikan ianya sebuah perjuangan untuk membawa ramai lagi ahli Al Quran dimasa akan datang
RM43 Ribu
Terkumpul
RM1 Juta
Target
Tajaan KEBAJIKAN ASNAF

Nuralazawati Binti Awang
Alhamdulillah syukur hasil dari sumbangan anda kita Puan Nuralazwati telah mendapatkan pengajian percuma.
Umur : 48
Tinggal : Kuala Berang, Terengganu
Kategori : Pembantu Tadbir
Tahap pengajian : Al-Quran Kurang Lancar
Status : Pakej Mawaddah 4 kali sesi (Kelas Masih Berlangsung)
.

Nur Surfina Batrisyah Binti Sanudin
Alhamdulillah syukur hasil dari sumbangan anda kita Puan Surfina telah mendapatkan pengajian percuma.
Umur : 7
Tinggal : Tawau, Sabah
Kategori : Pelajar Sekolah Rendah
Tahap pengajian : Asas Al-Quran (Iqra 4 - Iqra 6)
Status : Pakej Mawaddah 4 kali sesi (Kelas Masih Berlangsung)

Nor Azmi daud
Alhamdulillah syukur hasil dari sumbangan anda kita pakcik azmi telah mendapatkan pengajian percuma.
Umur : 60
Tinggal : Rawang, Selangor
Kategori : Peniaga Rojak
Tahap pengajian : Asas Iqra (Iqra 1 - Iqra 3)
Status : Pakej Mawaddah 4 kali sesi (Kelas Masih Berlangsung)

Fazelah Binti Kamaruddin
Alhamdulillah syukur hasil dari sumbangan anda kita Puan Fazelah telah mendapatkan pengajian percuma.
Umur : 46
Tinggal : Sungai jawi, Pulau Pinang
Kategori : Suri Rumah
Tahap Pengajian : Perlu Bimbingan Tajwid
Status : Pakej Mawaddah 4 kali sesi (Kelas Masih Berlangsung)
Sumbanglah seberapa yang anda mahukan, anda tentukan sendiri. Moga setiap sumbangan beroleh manfaat yang hebat di sisi Allah swt.
RM43 Ribu
Terkumpul
RM1 Juta
Target
AKTIF BERIKAN ILMU PERCUMA
© COPYRIGHT KMP ACADEMY SDN. BHD. (1415183-M)