Assalammuailaikum w.b.t.
Bismillah.

Teknik iklan pendek ini banyak saya gunakan apabila saya mahu berniaga di fb sendiri, ig sendiri dan group group yang saya joint. Teknik ini juga sudah saya buat selama 6 bulan dan melihat hasilnya sangat bagus. Anda cubalah. Tak semua boleh dikatakan sesuai untuk gunakan ilmu ini.

Disclaimer dari saya.
Silakan share
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

1. 3 jenis IKLAN HARDSALES BOLEH BUAT 8K BERSIH INCOME.

Selalunya apabila kita dah biasa buat ayat iklan hardsales ianya satu petanda kita nak mudahkan kerja kerja kita supaya orang datang bertanya terus. Betul kan?

Begitulah saya dulu. Tapi saya guna smart work masa saya buat hardsales skrip, apa petua yang saya mahu kongsikan ini adalah bagaimana mahu buat ianya menjadi lebih ramai respon.

Mybe teknik ini bagi sesetengah orang ianya tak sesuai. Ianya simple tapi mudah orang nak respon pada apa yang kita mahu jualkan.  Nak copy and paste teknik ini silakan.

Apa saya fokuskan, ada 2 benda. Satu target siapa yang saya mahukan. Dua saya gunakan keunikkan produk tersebut.

Bagaimana cara bina ayatnya.

Contoh 1

Siapa ada anak anak yang berumur bawah 10 tahun, jika penguasaan matematiknya kurang baik saya ada cara pandaikan anak anda dalam masa 3 bulan sahaja. Teknik MATCERAH ini saya dah apply pada anak anak. Alhamdulillah menjadi. Jika anda mahukan. Sila klik link ini. www.wasapler.com

Contoh 2

Kurus guna asam keping  je. Yang berbadan lebih 60kg tu nak try cara saya turun 8kg dalam masa 21 hari. Jika nak tahu tips AsamKepingSejuk mai klik link www.wasapler.com

Contoh 3.

Mata selalu kelabu dan kabur kan? Sekarang daha ada kanta lekap mata berwarna warni yang boleh kurangkan masalah itu. Saya pakai sehari lebih 5 jam pun tak terasa sakit. Warna kanta lekap ini memang cantik. Nak dapatkan klik www.wasapler.com

Teknik ini saya pakai masa saya ada agent jualan produk kurus masa itu. Agent dibawah 300 orang sahaja. Income bersih seperti diatas itu.

 

Dapatkan 7 ebook ini berserta 4 kelas online telegram, 1 live kelas, 1 group 10k pelajar

2. FORMULA DDJ

Ada idea ke, saya dah cuba buat iklan tapi sampai hari ini tak ada sapa yang respon. Produk murah pun orang tak suka membeli. Tak mahal pun RM15 je produk saya itu pun susah nak jual.

Beginilah soalan yang kerap saya terima, Apa perlu diperhatikan bukan pasal produk murah. Tetapi apakah target sebenar produk itu mahu di jualkan.

Saya tanya berapa kali sehari buat iklan. Dia beritahu dalam 4 kali sehari di fb sendiri. Di group group pun setiap dua jam sekali ada lebih 100 group sehari saya buat posting.

Saya kata wow banyaknya dan rajinnya. Saya cakap lepas ini guna teknik DDJ ini. Apa tu tuan. katanya pada saya. Teknik ini lebih kepada nak buat orang mudah nak respon setiap iklan iklan.
Pendekkan cerita ini saya panggil DDJ adalah bermaksud Dont Direct Jual.

Setiap orang yang nak baca iklan kita dia suka pada apa yang menguntungkan dirinya. Jika dia nampak ayat iklan hang macam nak menjual dia pun lari.

Pernah dengar cerita pasal takaful. Kita dengar pun meluat rasanya. Asala jumpa je tanya ada insuran ke. Mati nanti ada pelindungan atau saving untuk anak anak ke. Hihi. Bukan marah orang insuran tetapi itulah hakikat cara depa approach ikut pengalaman saya.

Comeback teknik DDJ. Teknik ini hang cuma sediakan konsep iklan lebih kepada pertanyaan dan related dengan mereka supaya dapat mereka rasa ayat iklan itu untuknya.

Contoh 1 boleh buat begini.

Nak tanya siapa dari korang suka wangian bau vanila. Saya ada beberapa wangian nak bagi korang feel adakah korang betul betul suka bau sebegini. Siapa nak jadi yang terawal dapatkan detail bab ini segera klik www.wasapler.com. Usah lewat tahu bau yang saya nak kenalkan ini bau baru tapi special vanila.

Contoh 2 boleh juga buat begini.

Puasa ini dah ready nak kurma ajwa ya. Kawan saya kata jika nak murah kurma ajwa ini beli je jenis company borong banyak tu. Kualiti pun terjaga sebab company besar orderkan. Korang nak cuba kurma ajwa dari yusof kuyub ini segera klik www.wasapler.com. Stok ada sampai 1000 tan tau. Harga memang jimat dari mereka yang jual diluarsana  sebab ianya beri harga borong.

Cukuplah dua conth dari satu teknik yang mudah korang nak hadam. Mga sales lebat lepas ini tau. Walaupun pertanyaan saya tak letakkkan tanda soal sebab fb adakala dia melarang kita dari buat begitu. Ini pengalaman saya. Jika ok teruskan ya.

Dapatkan 7 ebook ini berserta 4 kelas online telegram, 1 live kelas, 1 group 10k pelajar

3. Teknik 3 perkataan spontan copywriting

Sebenarnya bila sebut bab nak beriklan. Ada yang kata teknikal part yang penting, ada yang kata strategi yang penting. Sebagai seorang copywriter saya kata gambar dan copywriting mai peranan sangat penting untuk tarik mereka kepada kita menjadi PROSPEK. setuju ke. Tak setuju tak mengapa.

Cuba kita buat latih tubi spontan. saya bagi 3 jenis perkataan anda createkan satu ayat copywriting untuk produk anda, nanti saya checkkan diruangan komen naa.

Apa 3 perkataan itu. LIHAT, DENGAR, BAYANGKAN.

Contoh copywriting jual sambal hitam jenama kuali famili

Kak yan semalam saya lihat di fb kak yan bukan mai sakan duk post pasal sambal hitam meletup pedas tu. Dengar dengar dah 10000 unit dah terjual. Maksudnya laku keras prouk kau ye Yan. Begitulah rupanya Senah oiiit. Dulu aku bayangkan hanya 1000 atau 2000 botol ja. Sekali dia capai begini Alhamdulillah.

Contoh copywriting jual Minyak Zaitun Sepokok

Abg lihatlah kolestrol saya dah makin baik. Alhamdulillah lepas amalkan MInyak Zaitun Sepokok ini nampak perubahannya. Ni semua asbab abg dengar dari Ustaz Izan tu kan. Tak boleh bayangkan jika kita biar kan kolestrol ini lama kelamaan boleh kena seranggan jantung. Syukur sangat sekarang dah jauh dari kolestrol dah.

Contoh copywriting jual Tudung Zafisha pula

Ka kau semalam aku lihat ada di aeon segamat tu. Apa dibuatnya disitu. Beli barang dapur ke. aku kesana sebab ada jualan lelong yang aku dengar di radio era tu. Zafisha tudung buat lelong dari RM2 sehelai tudung raya. Aku tak boleh bayangkan betapa ramainya orang datang dari awal dia buka sampai tutup kedai. Kau tak tahu ke hal ini mira oitt.

Banyak lagilah contoh contoh yang terbaik boleh kita ketahui bila kita faham bagaimana nak sesuaikan cara menulis ayat iklan yang senang dan mudah difahami. Ada yang nak extra tips elok dapatkan ebook ebook saya di sini ya. klik button dibawah ini

Dapatkan 7 ebook ini berserta 4 kelas online telegram, 1 live kelas, 1 group 10k pelajar

    4 replies to "Teknik iklan Pendek"

    • Nabihah

      Alhamdulillah sangat membantu terima kasih bagi contoh ayat skill customers

    • Dinor

      Alhamdulillah. Terima kasih ilmunya tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.