Assalammuailaikum w.b.t.
Bismillah.

Fokus saya topik copywriting iklan ini bersifat umum dan ianya adalah coretan dari pengalaman diri sendiri. Sekiranya ada kekuranggan silalah maklumkan pada saya. khusus untuk perkongsian untuk anda semua

Disclaimer dari saya.
Silakan share
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Bismillah. Copywriting power.

5 point penting dalam membinanya..

POWER itu ada pecahannya.

.

P maksudnya Prospek atau Pelanggan

——————————

Mengenali mereka, apa kemahuan mereka, kenapa mereka mahu membelinya, dimana mereka, taraf kehidupan mereka, bagaimana mereka ketahui anda. boleh nampak ya.

Contoh produk Ebook Storytelling saya

Saya perlu target mereka yang suka menjual secara sofselling,mereka mahukan respon segera dan mereka mahukan penulisan storytelling dalam masa yang singkat sudah boleh mengarang dengan baik.

Jelas ya point pertama ini. Sekarang saya berikan point kedua.

.

O maksudnya offer

—————————

Offer sesuatu yang mereka perlukan. Ada kehendak dan ada keperluan.

Offer kehendak seperti nak cantik, nak kurus nak hebat semuanya datang dari ciptaan kita sendiri. Ia dibina dan ia memang perlukan strategi tersendiri

Contoh

Iphone campaign mereka tahun ini membina persepsi “gambar” mereka sangat cantik.perasan ka? Hehe.

Bab offer keperluan

Contoh miliki kereta

Ada yang mampu bawah 30k

Ada yang mampu atas 30k

Jadi skrip skrip yang dibina pastikan mengikut offer yang disediakan bertepatan dengan mereka. Jika tidak ayat iklan anda hanya sekadar halwa mata sahaja.

Jelas ya point kedua ini. Sekarang saya berikan point ketiga.

W maksudnya wide

—————————

Luaskan penulisan iklan bukan hanya letakkan ciri ciri produk yang mengatakan produk anda boleh sembuhkan 1 juta pelanggan atau servis anda yang terbaik. Sebaliknya luaskan segment pelanggan dengan memecahkan ciri ciri kepada penyelesaian masalah pelanggan

Contoh ciri ciri

Hilangkan lebam bawah mata.

Contoh target

Khas utk mereka yang berkerja di office, dan punyai masalah lebam dibawsh mata.

Boleh nampak

Jelas ya point ketiga ini. Sekarang saya berikan point keempat.

.

E maksudnya engagement

—————————————

Dah mula bawa pelanggan kepada whatapps atau email atau sebagainya.

Anda perlu belajar bagaimana membina engagement dengan mereka

Jangan hardsell sangat, orang menyampah tau. Tulis sharing is caring

Tetapi hari hari send nak menjual. Kita sendiri pun tak suka jurujual tetapi kita sendiri bina hubungan seperti jurujual

Adui.

Kan penat dapat pelanggan pastu nak buat pelanggan baru lagi. Pada saya satu pelanggan boleh membeli dengan kita berulangkali jika betul cara engagementnya.

Tolong ya. Jangan jadi jurujual

Jelas ya point keempat ini. Sekarang saya berikan point kelima

.

R maksudnya result

—————————

Bila bab result dalam bina ayat iklan. Ia tidak bergantung pada tulisan sahaja

Dia bergantung pada gambar pada setting iklan berbayar atau cotak persembahan kita

Off course semua orang nak result tulis ayat iklan mereka bagus.

Jadi fikirkan semula jika dah belajar abab ayat power pasti harus belajar perkara berkaitannya lagi.

Ingat paling utama untuk result yang lagi lagi terbaik .Minta sahaja izin Allah taala setiap perbuatan atau perkerjaan kita lakukan ada redho darinya.

Semoga berjaya ya

Nasihat saya tag kawan kawan supaya tidaklah mereka terkongtang kanting dalam mengetahui ilmu ini.

JazakAllah. Boleh share ilmu ini ya.


Leave a Reply

Your email address will not be published.