Assalammuailaikum w.b.t.
Bismillah.

Fokus saya topik copywriting iklan ini bersifat umum dan ianya adalah coretan dari pengalaman diri sendiri. Sekiranya ada kekuranggan silalah maklumkan pada saya. khusus untuk perkongsian untuk anda semua

Disclaimer dari saya.
Silakan share
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Ada beberapa point penting dalam pelaksanaan untuk menjadikan copywriting iklan itu berkesan.

  1. Usah fokus kepada bagaimana copywriting iklan anda boleh mendapat tempat pertama di hati pembaca.

    Maksudnya dalam penulisan ayat iklan ianya bergantung kepada ” konsep cerminan.” 

Apakah itu konsep cerminan. Ianya satu dari teknik dimana apabila anda menulis ianya dibaca oleh pembaca. Pembaca merasai penulis itu mengena kepada dirinya sendiri.

Dalam hatinya berkata-kata. Allah siannya, betullah, macam kata kat aku ja tu,
aku rasa benda ini pernah berlaku kat aku dan berbagai lagi kata kata hati yang membuatkan si pembaca merasa dekat dengan apa tuliskan.

Sebab itu, bila anda pi belajar bab copywriting iklan, banyak yang mengajar. Kenal pelanggan dahulu baru mudah bina copywriting.

Berbagai lagi teknik teknik yang kita belajar menjurus kepada buat kajian atas apa yang kita mahu pasarkan dan jualkan.

Setakat ini anda faham ya. Jika faham Alhamdulillah. selesai point pertama. ada lagi tau, teruskan bacaan.

 

Sesi coaching copywriting iklan pakej pro storytelling bersama dengan tokey Nasi Arab Rombau. 

2. Apabila menulis copywriting iklan perlukan susunannya. 

Teringat saya akan seorang anak didik saya yang sering jalankan iklan yang fokusnya mencari nombor whatsapp. Ya betul. Sehari 100 hingga 500 nombor whatsapp diperlukan untuk team beliau.

Biasanya istilah kami nombor whatsapp ini kami panggil LEADS.

Apa yang saya cadangankan adalah setiap iklan digabungkan sekali dengan gambar yang menarik. Maksudnya gambar dan headline copywriting mengambarkan ianya ada kesamaan. 

Saya tunjukkan contoh. Contoh ayat  dan gambar dibawah ini. boleh sahaja binanya  seperti dibawah ini. 

Saya terima anugerah dalam bidang ilmu kewangan. Saya nak ajak anda yang baca status ini ketahui bahawa ianya bukan rahsia untuk simpan RM2000 sebulan walaupun pendapatan baru RM1500 sebulan. Bagaimana caranya. Mari masuk kelas percuma saya di www dot duitsimpan dot com. 

 

 

Bila anda sendiri baca contoh ayat yang saya sediakan diatas berserta gambar ini berikan satu reaksi yang positif atau tidak. Apa komen anda?

Bagi saya olahan copywriting iklan pendek diatas ini, ianya satu keterujaan sebab dalam copywriting iklan tersebut saya ada letakkan beberapa elemen penting. Elemen elemennya seperti dibawah.

+ Ada kelayakkan “Berbentuk certified”
+ Ada cara how to “Gambaran mudah”
+ Ada special offer “Offer tak mampu ditolak”
+  Ada CTA yang mudah dan jelas. “Link website”

Dengan olahan ayat yang sebegini, pasti ianya nampak betapa mudah untuk membina copywriting iklan dengan baik dan kemas.  

Yang penting, gambar dan copywriting iklan itu nampak kesamaannya. Setakat ini anda faham ya apa yang disampaikan. Baca lagi tips seterusnya dibawah.

 

3. Apa senjata utama dalam copywriting iklan.

Senjata utama sebelum menulis ialah planning, plan atau rancang untuk membuatkan pembaca sering membaca lagi dan lagi.

Kenapa saya kata begitu. Planlah penulisan copywriting iklan anda ada kesinambungan atau bahasa jawanya. Tulisan ini ada sambungan. Kenapa sambungan?

Sebab dalam copywriting iklan yang cemerlang ianya ibarat anda sedang berinteraksi dengan pembaca. Komunikasi dua hala.

Mereka suka dengan apa yang kita tuliskan. Akan tetapi suka sahaja tak memadai jika kita tidak susun dengan baik apa seterusnya.

Macam contoh anda berniaga Nasi Arab. Seperti anak didik saya Tokey Nasi Arab Rombau. Bolehlah bina copywriting sebegini.

Contohnya sebegini mulai diawal pagi.

Pagi ini seronoknya, dapat masak dua periuk untuk hidangan bagi 200 orang makan tengahari. Korang ingat ya, bila nak memasak nasi arab ini kita perlukan sukatan air yang baik dan pastikan air ianya tidak lebih. Kalau tidak habislah nak. Tengahari nanti saya kongsikan cara bagaimana untuk tunjukkan cara memasaknya guna dapur kayu.

Nampak atau tidak ayat akhir itu ada sambungan dalam memberitahu  kepada para pembaca bahawasanya untuk ketahui lagi dan lagi, tunggu kemunculan seterusnya.

Adakah anda nampak caranya ini? Harap anda semua belajar sesuatu dari penulisan saya ini. 

3 tips dulu saya serahkan. InshAllah stay tune di website saya ini untuk saya kongsikan ilmu cara tulis copywriting iklan berpengaruh pula.

Salam rindu dan hebatnya ilmu Allah. Jumpa lagi ya saudara/ri sekalian. Ada soalan dipersilakan komen dibawah nanti. InshAllah saya akan balas.

Tuan Izan Shafie
Tulis untuk bina saham akhirat.


Leave a Reply

Your email address will not be published.