Panduan membina anak istimewa.
Ilmu ini membuatkan anak anda sentiasa cerdas, kreatif, optomise dan genius. InshAllah besarkan anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya dan bergelar insan yang luar biasa.

Ilmu ini membuatkan anak anda sentiasa cerdas, kreatif, optomise dan genius. InshAllah besarkan anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya dan bergelar insan yang luar biasa.
Bagi ibu bapa, penting mengenalpasti kelewatan perkembangan anak, atau kecelaruan emosi, tingkahlaku dan faktor sosial agar intervensi awal dapat dijalankan.
Kesihatan mental perlu dipertingkatkan dengan memahami diri sendiri secara holistik, dapat menganalisa emosi diri sendiri dan orang lain serta dapat berkomunikasi dengan cara yang sesuai dan berkesan.
Ebook ini memberikan anda daya pemahaman yang tinggi.
Ebook ini seperti bercakap antara anda dan kami.
Ebook ini berikan pecahan pembelajaran yang mudah.
Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Banting, Selangor
Bekerja di Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja, Hospital USM sejak tahun 2005 Banyak berurusan dengan ibu bapa, guru-guru dan pihak sekolah berkait pelajar yang dirujuk
Perkongsian berkait kesihatan mental dan kanak-kanak serta penulisan di dalam dan luar Kelantan
Selama lebih 15 tahun menangani kanak-kanak dengan pelbagai isu pembelajaran, tingkah laku dan emosi, saya mengaplikasikan pendekatan holistik yang disebut biopsikososial dan spiritual. Ini adalah empat elemen penting dalam perawatan saya. Elemen fizikal, mental, sosial dan spiritual tidak dapat dipisahkan dalam setiap individu kerana semua komponen ini dikawal oleh otak.
Memahami ‘tugas’ pada setiap peringkat kehidupan iaitu peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua juga sama pentingnya agar kita tidak mudah memandang ‘remeh’ dan memberikan respon yang kurang positif kepada orang lain. Ia sangat berkait rapat dengan persepsi yang juga salah satu fungsi otak.
Kebolehan mengawal emosi diri pada setiap ketika adalah kunci kepada komunikasi yang baik. Bila emosi terkawal, kata-kata yang keluar dari mulut kita juga terkawal. Ia dilihat sebagai komunikasi yang baik. Teknik mengawal emosi perlu dipelajari dan dipraktiskan. Emosi juga dikawal oleh otak.
Justeru , jika kita mampu meneroka ilmu neurosains iaitu berkaitan otak dan persarafan, saya pasti kita akan lebih mudah faham tentang perwatakan diri sendiri dan orang lain. Contohnya mengapa sikap anak lelaki dan perempuan tidak serupa walaupun dididik dengan cara yang sama
Selain itu, didikan agama juga mencorakkan sifat dan sikap seseorang individu. Pendidikan agama dan apa jua bentuk pembelajaran juga dicerap dan disimpan di otak. Pemahaman terhadap setiap yang berlaku juga ditafsir dan Analisa di otak. Justeru, setiap perkongsian saya samada dalam bentuk penulisan atau pertuturan, pastinya akan saya sentuh tentang otak agar kita lebih memehami diri kita dari sudut fizikal, mental dan spiritual.
Semoga kita semua dapat menghayati kekuasaan Allah dengan memahami cara otak kita berfungsi yang dikaitkan dengan pengurusan emosi dan komunikasi.
Setiap manusia dilahirkan dengan kepelbagaian. Mencari titik persamaan dan meraikan perbezaan adalah asas untuk menghargai diri sendiri dan orang lain.
Komunikasi yang berkesan memastikan semua orang rasa dihargai. Seni komunikasi inilah yang perlu kita pelajari dan sentiasa perbaiki.
Penulis & Pakar Psikiatri