Assalammuailaikum w.b.t.
Bismillah.

Musim perayaan , antara 3 formula pentingnya adalah membina copywriting, kenal pasti kos iklan dan follow up.

Tuan Izan Shafie

Antara perkara yang terbesar dalam musim musim perayaan. Yang anda perlu perhatikan adalah.

SAYA HURAIKAN 3 BENDA PALING PENTING ANDA SEDIAKAN WAKTU WAKTU BEGINI.

1)Copywriting (Ayat iklan) anda perlu disentuhkan bahagian postage. Dan ketika berhubung dengan prospek juga perlu di jelaskan juga.

Pengalaman bertahun menjual baju.

Senaroi yang ada contoh seperti kami sendiri jalankan iklan untuk menjual baju baju perempuan casual santai yang boleh digunakan . Saat saat dua minggu sebelum raya penuh dengan ibu ayah yang suka push. 

+ Boleh pos hari ini

+ Boleh dapat esok

+ Saya nak COD hari ini boleh 

Berbagai ragam. Jadi pastikan dalam ayat iklan ada diletakkan “Contoh Ayat”

“POSTAGE AKAN DITUTUP PADA 1 MINGGU SEBELUM RAYA MENJELMA” 

“POSTAGE TIDAK AKAN DI BUAT SEMINGGU SEBELUM RAYA MENJELMA”

“1 MINGGU SEBELUM RAYA MENJELMA KAMI TIDAK BUAT POSTAGE”

ini juga adalah satu urgency yang membuatkan prospek cepat membuat pembelian. Urgency ini anda boleh gunakan, dengan syarat ia memang benar apa yang dikatakan. Tak baik menipu tau.

2) Kenal pasti (Kos Iklan) yang anda mahu gunakan pada musim perayaan begini. 

Contoh senang kami sendiri jual baju. Kos untuk satu prospek adalah RM4.03. Melalui lead per prospek yang ada bulan bulan lalu.

Jadi untuk saya dapatkan 1000 lead prospek saya angggarkan perbelanjaan mata kasar RM4030.

Closing rate pula sebelum ini 18% direct membeli ketika melayan mereka. 

Kurangkan split test iklan anda. Sebaliknya fokus kepada  2 jenis campaign. 

+ Mesengger untuk anda jual direct dengan mereka jika tiada team sales. Atau collect data baru dari iklan anda.

+ Traffic untuk retargetting audience yang sudah anda bina dari Mesengger.

Dalam dua jenis  campaign ini pastikan anda boleh pecahkan 4 jenis ad set dalam satu campaign.

INGAT KOS PER LEAD YANG ANDA MAHUKAN.

3) Skrip follow up lebih bernilai dari skrip permulaan bersembang. Saya jumpa ramai diantara kita kekurangan idea idea follow up bagaimana untuk menarik minat para prospek yang belum membeli. 

Dari sekadar follow up gambar postage, urgency bab postage, atau pun testimoni. Apa salah hari hari anda keluarkan pula kaedah storytelling dalam follow up.

Contoh macam jual baju. Anda boleh ceritakan kisah kisah anak kecil bermain main ketika hari raya nanti agak luar biasa. Jadi anda perlukan persalinan yang disusun rapi.

Contoh lain macam jual baju. Storytelling bagaimana diri anda sendiri merasaia banyaknya nak bawa balik raya baju yang banyak. Jadi berikan tips untuk cara melipat kain dengan mudah dan teratur.

Contoh lain macam kami jual baju. Storytelling bagaimana nak uruskan anak yang lasak dan cepat berpeluh di musim perayaan nanti. Warna warna apa yang elok digunakan. 

Dalam follow up ia merupakan cara bagaimana anda menjadikan prospek anda berkualiti dan membeli bukan sahaja kerana urgency tetapi kerana tips tips yang anda sediakan.

Mereka yang membeli dengan rela akan mampu membeli berulangkali lagi dan lagi. 


Silakan share ilmu ilmu ini pada kawan kawan ya…..

Silakan share
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.